Tuesday 6 May 2014

AGEN PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA



1. Penyokong pembangkang mendakwa Anwar Ibrahim adalah individu yang paling berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia. Hal ini katanya dibuktikan dengan sokongan padu kaum Cina dan sebahagian kaum India kepada perjuangannya dalam Pakatan Rakyat.

2. Saya tidak menafikannya. Memang benar Anwar berjaya menarik sokongan pengundi Cina yang ternyata sukar untuk dipengaruhi sokongan mereka. Orang Cina yang kita tahu, mereka akan memberi sokongan 'solid' kepada sesebuah parti jika diminta oleh Tangan Ghaib mereka. Jika diarah sokong parti A, mereka akan sokong. Jika diarah parti B mereka juga akan sokong. Sangat menurut perintah.

3. PRU tahun 1999 menunjukkan kaum Cina memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional. Dikhabarkan ketika itu pengundi Cina sangat terhutang budi kepada Tun Mahathir kerana berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia secara tidak langsung menyelamatkan periuk nasi mereka. Orang Melayu ketika itu kurang memihak kepada BN akibat kes Mata Lebam Anwar Ibrahim.

4. PRU 2013 yang lalu lain pula kisahnya. Kaum Cina sangat menyokong perjuangan Anwar Ibrahim sehingga beliau dan konco-konconya banyak diberi peluang berucap di Chinese Assembly Hall dan gereja-gereja untuk menyampaikan amanatnya.

5. Orang Cina khususnya DAP tidak memberi sokongan secara percuma. Pastinya mereka telah bersetuju dengan 'syarat-syarat rahsia' yang telah dipersetujui bersama antara mereka dan Anwar Ibrahim. Iaitu memberikan peluang kepada 'tangan ghaib' menguasai pentadbiran Kerajaan Negeri. Dengan kuasa itu, mereka dapat menguasai pemilikan tanah dengan mudah dan dapat menguasai keseluruhan negeri.

6. Apabila sudah menguasai negeri, mereka lebih mudah untuk menuntut agar agama mereka diperkasakan di Tanah Melayu (Malaysia). Disebabkan hal itulah mereka menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kerana PR membuka ruang kepada mereka menguasai negara secara halus.
7. Salah satu faktor lagi adalah disebabkan putar belit Anwar sendiri semasa mendepani rakyat. 'Rahsia Umum' ini sudah diketahui oleh semua bahawa Anwar adalah orang yang bijak berkata-kata dan menarik perhatian orang mendengarnya. Hebatnya pidato dan dapat mempengaruhi orang tidak menunjukkan apa yang dikatakannya itu betul.

8. Di depan orang Melayu beliau kata "Kita harus pertahankan ketuanan Melayu dan pertahankan Islam", ucapan itu disambut dengan takbir! Apabila di hadapan Cina dan India beliau kata, "Malaysia bukan Melayu punya, tapi Cina punya, India punya". Memanglah boleh dapat sokongan ramai kalau kaki kelentong. Anugerah Tuhan-lah katakan.

9. Saya teringat dengan kisah Dajjal yang menipu manusia dengan mengatakan Syurga Itu Neraka dan Neraka Itu Syurga, dan ramai yang mempercayainya. Ingatlah pesan Allahyarham Ustaz Harun Taib, tahaluf siyasi Pas dalam Pakatan Rakyat harus dikaji semula. Jangan rugi di kemudian hari. by : Jamalrafaie

No comments:

Post a Comment